Penyanyi dan guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat sering dianggap garang oleh orang ramai mahupun sesama rakan artis.

Menerusi laporan H Live, Syafinaz menjelaskan dia tidaklah segarang yang disangka cuma hanya sedikit tegas ketika bekerja.

"Saya pun pelik kenapa orang kata saya garang, saya biasa-biasa saja, bukanlah seperti yang disangka ramai.

"Kadang-kadang ada juga artis yang datang kepada saya dan meminta maaf jika membuat salah dalam nyanyian di sesebuah acara.

"Saya akui agak tegas bila melakukan kerja seperti mengajar vokal dan menjadi juri persembahan tapi takda lah sampai memaki dan tampar orang," ujarnya berseloroh.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).