Syafinaz Selamat Tiada Di ATNM2 Malam Ini? Siapa Pula Ganti Kapten Juri?

Syafiqah Jalal
Januari 15, 2023 05:11 MYT
Program All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) diteruskan untuk minggu ke enam malam ini.
Seramai 20 peserta yang baharu akan hadir berentap untuk berebut tiga tempat podium sekaligus menentukan siapa yang akan mara ke peringkat final.
Namun bezanya ATNM2 minggu ini, buat pertama kalinya kapten juri Datuk Syafinaz Selamat dikhabarkan tidak dapat hadir untuk menjurikan semua peserta.
Ke mana pergi Syafinaz? Bagaimanapun tetap akan ada 50 juri yang akan bersama memeriahkan serta memberi markah kepada peserta malam ini.
Jika Syafinaz Selamat tiada, siapa pula yang akan menjadi kapten juri menggantikannya? Adakah juri juri yang ada sebelum ini atau juri yang baru?
Sama sama kita nantikan ATNM2 malam ini.
Saksikan All Together Now Malaysia musim ke-2, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO.
ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Kini dengan Astro Baharu strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#Juri #Syafinaz Selamat #ganti #ATNM2 #Kapten