Laman Utama
Syafiq Farhain Positif COVID-19 - "Maaf Kerana Menyusahkan"
Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Syafiq Farhain memaklumkan dia telah dijangkiti wabak COVID-19.
Syafiq memaklumkan perkara itu menerusi ruangan Instagram Story sebentar tadi.
Menurut Syafiq, dia pergi menjalani ujian swab semalam kerana berasa tidak sedap badan dan hasil keputusan menunjukkan positif.
"Semalam pergi Swab test sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya..."
"Positif COVID-19," tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Kau Bidadari ini meminta sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengannya untuk pergi melakukan pemeriksaan.
Syafiq juga tidak lupa untuk memohon maaf atas perkara tersebut.
"Kalau sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya, lebih elok pergi buat pemeriksaan.
"Maafkan saya kerana menyusahkan," tulisnya lagi.
Sama-sama kita teruskan langkah berjaga-jaga dengan mematuhi semua SOP dan mengamalkan penjagaan kebersihan dengan baik agar wabak COVID-19 dapat dihapuskan segera.