Pelakon Syafiq Kyle tidak mahu melayan permintaan peminat untuk melihat dirinya menjalin hubungan cinta dengan aktres baru, Hannah Delisha.
Syafiq dan Hannah digandingkan dalam drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer yang kini sedang bersiaran di kaca televisyen. Mereka memegang watak sebagai Jemy dan Aira.
"Adat jika bergandingan dengan seseorang heroin dalam sesebuah naskah, pastinya ada peminat yang gemarkan keserasian yang terjalin dalam skrin.
"Namun begitu, semuanya hanya sekadar watak sahaja. Peminat boleh menyuruh kami bercinta di luar skrin tetapi kami tak boleh puaskan hati semua orang.
"Sebenarnya, tak perlu puaskan hati semua orang. Saya dan Hannah hanya menjayakan watak sahaja, jika nampak seperti kami bercinta, watak yang kami bawakan berjaya.
"Untuk membawa hubungan cinta ke dunia nyata, saya bukanlah seperti itu. Kalau peminat sukakan kami, sukalah Jemy dan Aira, bukannya Syafiq dan Hannah," kata Syafiq.
Tambah pelakon drama bersiri Tanah Kubur ini, dia senang bekerja dengan Hannah yang berasal dari Singapura.
"Walaupun Hannah merupakan bakat baru dan drama bersiri ini merupakan drama bersiri pertamanya di Malaysia, saya senang bekerja dan selesa bergandingan bersama Hannah. Dia merupakan seorang aktres yang tidak cerewet," katanya lagi.
Selain Syafiq dan Hannah, drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman ini turut menampilkan pelakon lain seperti Amy Mastura, Ariz Forteen, Mimi Ernida dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer yang mula bersiaran bermula 3 Julai, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #MencintaimuMrPhotographer untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Thu Jul 20 2017
Wanita Ini Terbang Dari Kota Bharu Demi Menonton Sheriff!
Bagi wanita dari Kelantan ini, dia sanggup terbang ke Negeri Sembilan semata-mata mahu menyaksikan filem tersebut.
Pempengaruh TikTok Popular Iran Maut Ditembak Di Hadapan Rumah
Seorang pempengaruh Iran yang cukup terkenal di platform TikTok ditembak mati di hadapan rumahnya, di Baghdad hujung minggu lalu.
Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie
Nama pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik foto pernikahan bersama seorang wanita.
Sudah Kahwin, Peminat Terkejut Adipati Dolken Tinggal Serumah Dengan Kawan
Pelakon Adipati Dolken mendapat kritikan daripada pengguna media sosial dan peminat selepas mengaku membenarkan dua sahabatnya tingga bersama meski dia sudah berkahwin.
Konflik Min Hee Jin & HYBE, Ini Kronologi Yang Anda Perlu Tahu
Ini ringkasannya
Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Sheriff: Kini Filem No. 1 Di Malaysia Pada 2024, Sheriff Raih RM31 Juta Sejak Ditayangkan!
Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Sheriff: Narko Integriti terus mencatat kecemerlangan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM31 juta sepanjangan tayangan, sekali gus muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain.
Pihak Polis Siasat Isu Paku Dipacakkan Di Bahu Jalan
Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes.
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Bestnya Melbourne!