Pelakon Lana Nodin melahirkan rasa sedih atas kehilangan bapanya malam tadi. Menerusi kemas kini Instagram sebentar tadi, Lana memohon agar pengikut-pengikutnya menghadiahkan al-Fatihah buat arwah ayahnya.

“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukai Mu dan maafkanlah dia.

“Assalamualaikum semua sahabat. Saya Lana Nodin memohon sahabat-sahabat semua sedekahkan al-Fatihah buat arwah ayahanda tercinta yang telah menghadap illahi malam tadi.

“Sesiapa yang mengenali beliau, saya memohon maaf bagi pihak ayahanda jika ada salah silap. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Terima kasih dan wassalam,” tulisnya.

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)


Meninjau ruangan komen, ramai rakan-rakan artis yang menitipkan salam takziah buat Lana sekeluarga.

“Takziah dik. Semoga arwah dikumpulkan bersama orang-orang yang beriman. Amin,” tulis Datuk Aznil Nawawi.

“Takziah Lana and family… semoga ditempatkan orang-orang beriman,” ungkap penyampai radioa Sharifah Shahira.