Penonton filem komedi fantasi, 35mm melahirkan rasa bangga menyaksikan naskhah terbaharu arahan Syahmi Sazli yang kini sedang rancak dimainkan menerusi saluran Astro First.

Seorang pengguna Facebook, Reedzkie Adultrakul berkata, naskhah tersebut boleh diumpamakan seperti filem fiksyen popular suatu ketika dahulu iaitu Back To The Future.

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)


“Memang tak rugi masa dua jam yang diluangkan. Kisah yang dibawa lain daripada cerita dan drama tempatan kita hari ini.

“Filem ni umpama filem Back to the Future versi Malaysia. Sebuah karya fiksyen yang dihasilkan dengan sumber teknologi dan prop yang terhad.

“Saya memahami akan kekangan teknologi perfileman negara kita yang tidaklah secanggih hollywood untuk menjadikan visualnya tampil / tampak realistik.

“Tapi Syahmi cukup berani untuk bawakan tema sebegini dan dia bijak mengimbangkannya dengan tema komedi ringan,” katanya.

35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.

Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.

Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.


Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!