Laman Utama

Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar

Shahrin Zulkifle
03/07/2022
12:00 MYT
Pesohor media sosial, Syahmi Sazli memaklumkan bahawa isterinya, Anissa Faizul selamat melahirkan zuriat kedua mereka pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syahmi menerusi hantaran terbaharunya di akaun Instagram.
“Selamat datang ke dunia, anak keduaku. Khabib Umar,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Perkongsian berita gembira itu menerima ribuan ucapan tahniah dan mendoakan kesihatan ibu dan bayi itu.
“Alhamdulillah, Tahniah Syahmi dan Nisa. Selamat datang baby boy. Semoga berjaya dunia akhirat.
“Tahniah papa mie, anak yang lahir dari ibu dan ayah yang hebat.
“Alhamdulliah tahniah untuk Syahmi dan Nisa dengan kelahiran bauan syurga ke dunia,” coret sebahagian wargamaya.
Untuk rekod, kedua pasangan ini telah selamat disatukan pada 23 Februari 2018 dan dikurniakan anak sulung mereka bernama Ainul Mardhiah, 3
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.