Nusantara
Syahrini Berkasut Tumit Tinggi Ketika Majlis Tahlil Dalam Rumah BCL
Selepas kematian Ashraf Sinclair, ramai selebriti tempatan Indonesia meluangkan masa menziarahi kediaman Bunga Citra Lestari.
Hal ini termasuk selebriti terkenal Syahrini yang berkesempatan menziarahi BCL ketika majlis tahlil minggu lalu.
Syahrini berkongsi perkara tersebut di Instagram.
"Peluk Unge sayang. Turut berduka yang teramat sangat dalam," tulisnya sambil memeluk erat BCL.
Bagaimanapun, kehadiran Syahrini ke majlis tahlil itu mendapat perhatian ramai apabila penyanyi lagu Taubatlah Taubat itu memakai sepasang kasut tumit tinggi ketika berada di dalam rumah BCL.
Manakala, tetamu lain yang hadir tidak memakai sebarang alas kaki termasuk BCL sendiri.
Menerusi rancangan Rumpi No Secret, situasi itu menarik tumpuan pengacaranya, Feny untuk mengulas mengenainya.
"Netizen salah fokus, di acara itu hanya Syahrini yang memakai sepatu.
"Kalau saya selalu berpikir positif. Barangkali kalau tak pakai alas kaki, masuk angin," ujar Feny dalam rancangan yang ditayangkan di Trans TV.
Situasi itu tidak disenangi netizen yang menganggap Syahrini tidak sensitif terhadap keluarga yang masih berduka cita.
Suami BCL, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana serangan jantung.
Must-Watch Video