Skip to main content

Selebriti

Syamel Kongsi Kenangan & Pesanan Arwah Tok Andak - “Jangan Ada Hasad Dengki, Iri Hati…”

Syamel kongsi pesanan arwah atuk

Penyanyi, Syamel berkongsi kenangan bersama Allahyarham datuknya, Zain Abdullah, yang juga merupakan bapa kepada dua figura seni terkenal, Ziana Zain dan Anuar Zain.

Menurut Syamel, hubungannya dengan arwah mula menjadi lebih rapat selepas berkahwin dengan penyanyi Ernie Zakri yang juga merupakan anak saudara kepada figura popular itu.

Advertisement

“Kita semua dikejutkan dengan pemergian atuk saudara saya iaitu ayahanda tercinta Ziana dan Anuar Zain. 

“Saya sempat pergi menziarah dan kemudiannya terus berlari ke program Meletop. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. 

“Tak banyak yang saya boleh kongsikan tentang Tok Andak, bila saya baru berkahwin dengan Ernie dan ketika itulah saya baru rapat dengan keluarga pak ngah dengan mak long.

“Atuk sangat sangat penyayang orangnya, sangat suka mendoakan anak cucu dia. Kadang kita terkejut bila kita jumpa dia dia tahu kita punya aktiviti.

“Dasyatnya dia, tapi bila difikirkan balik ialah arwah dulu manager. Apa yang ingin saya sampaikan di sini harap anda semua dapat sedekahkan Al-Fatihah.

“Doakan segala yang baik- baik kepada arwah dan semoga dimasukkan ke syurga tanpa hisab,” ujarnya.

Syamel berkata demikian ketika ditemui selepas program MeleTOP pada Selasa.

Dalam pada itu, Syamel juga turut berkongsi antara pesanan paling bermakna yang sering dititipkan arwah.

“Tak putus putus pesanan yang diberikan daripada mulut arwah adalah buat kerja seikhlas yang mungkin, ikhlaskan hati, buat untuk peminat, buat untuk diri sendiri.

“Yang penting hati kena ikhlas, jangan ada hasad dengki, iri hati. Kalau orang nak buat kita, biarkan, jangan kita buat orang. Ikhlaskan hati dalam segala apa yang dikerjakan itu,” ujarnya.

 

Terdahulu, Terdahulu, Allahyarham Zain disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Permai, Selangor sekitar pukul 2.50 petang.

Arwah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam tepat jam 7.00 malam.

 

Must-Watch Video