Konsert Aku Cinta yang menampilkan pasangan suami isteri bersuara merdu iaitu Syamel dan Ernie Zakri berlangsung dengan meriah pada Ahad.

Selain Syamel dan Ernie, sudah pasti segala yang berlaku di atas pentas sepanjang konsert berlangsung pasti menjadi perhatian penonton.

Baik dari segi vokal penyanyi hinggalah aspek pementasan, penataan cahaya dan susunan lagu, semuanya memang first class!

Namun begitu, seorang pemain gitar di konsert itu menjadi tular di platform TikTok kerana kekacakannya.

Malah Ernie juga seolah-olah memahami para peminatnya ‘sibuk’ memerhatikan gitaris kacak itu sebelum memperkenalnya kepada umum.

Dalam pada itu menerusi TikTok pula seorang peminat telah memuat naik video merakamkan gitaris itu namun secara tidak langsung tindakannya itu mendapat perhatian Syamel.

Syamel kemudiannya lalu secara spontan dan menunjukkan jari telunjuk ke arah peminat itu seolah-olah ingin mengatakan bahawa perbuatannya itu telah ‘terkantoi’.

“Hahaha Syamel perasan pula, terkantoi dah dengan Syamel,” tulisnya.

@yanaothmannn hahaha Kantoi dah dgn @Syamel heheh #fyp #fypdongggggggg #viral ♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Konsert Aku Cinta Syamel dan Ernie berlangsung di Zepp Kuala Lumpur menyaksikan pasangan itu menyampaikan lebih 18 buah lagu termasuklah solo dan duet.

Antara lagu yang dinyanyikan adalah Aku Cinta, Takkan Terlerai, Ku Bersuara, Misteri, Boneka, Gundah, Korban, Hidup Dalam Mata, Lebih Sempurna, Goodbye Hello dan banyak lagi.