Penyanyi yang namanya melonjak naik menerusi lagu Hidup Dalam Mati, Syamel berkongsi rasa teruja kumpulan Indigo bakal menyanyikan lagunya itu di pentas Gegar Vaganza (GV)7, malam ini.

Malah Syamel berkata, dia juga menyokong keputusan Indigo untuk menurunkan key lagu Hidup Dalam Mati bersesuaian dengan vokal mereka.

“Tak ada masalah pun jika key lagu tersebut diturunkan mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka.

“Saya sendiri pun akan lakukan perkara sama kalau dapat lagu orang lain. Rasanya penyanyi-penyanyi lain pun begitu, ubah sesuatu lagu itu ikut keselesaan masing-masing,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Syamel turut memberikan kata-kata semangat buat Indigo untuk membuat persembahan yang terbaik pada minggu keempat ini.

“Saya tak sabar nak tonton GV7 malam ini. Saya harap Indigo dapat buat yang terbaik. Lagi pun saya tengok persembahan Indigo setiap minggu, memang menarik.

“Saya tak pernah lagi dengar lagu Hidup Dalam Mati dinyanyikan secara triplet. Mesti menarik kerana cara nyanyian bertiga obviously akan jadi lain.

“Lagu tersebut akan nyanyi mesti akan lebih berwarna dan Insya-Allah mereka akan bawa dengan cara nyanyian tersendiri itu yang penting,” katanya.

Malam ini 13 bintang GV7 bakal berentap dalam minggu bertemakan Lagu Berhantu.

Gaissss!!! Malam ni tema lagu #GegarVaganza7 BERHANTU. Menghantui ke tidak, malam ni kita tengok sama-sama okay! #MaraSuaraMembara ??? . SIARAN LANGSUNG SETIAP AHAD, 9 MALAM di Astro Ria, dan strim Gegar Vaganza menerusi Saluran 104 & 123, aplikasi #AstroGO, Astro PVR Box atau #UltraBox! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #JomKitaOnAstro #GegarVaganza2020 . Korang juga boleh langgan Pek Starter Astro sekarang dan saksikan siaran langsung sepenuhnya! Layari astro.com.my/shop

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.