Syamimia Dah Agak Nama Dipetik Dalam Senarai Blockout 2024 - “Awas!”
Asyikin Mayudin
14/05/2024 00:55 MYT
14/05/2024 00:55 MYT
Kecoh di laman TikTok mengenai gerakan Blockout 2024 yang iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.
Nama Syamimia Turut Tersenarai
Bermula di luar negara pada minggu lalu, kini netizen Malaysia pula tampil dengan senarai Blockout 2024 selebriti dan pempengaruh media sosial tempatan.
Nama pempengaruh media sosial, Syamimia juga tersenarai dan ada individu siap ‘tag’ namanya di Instastory dalam senarai #blockout2024.
Banyak Kongsi Info Di X
Bagaimanapun, Syamimia menerusi video yang dimuat naik di Instastory tampil mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia banyak berkongsi mengenai kekejaman zionis di platfrom X.
“Kan dah cakap, main petik-petik nama ini, dah agak dah. Kalau korang nak tahu info terkini, pergi saja X, dekat situ ada banyak info. Isu peperang ini dari tahun-tahun lalu tapi kembali hangat dari awal bulan ini lagi.
“Mana yang aku sempat repost, mana yang baru buka X, minggu lepas ini, tengok saja info terkini. Macam dikongsikan sebelum ini tu la paling terkini, tentang keadaan orang Palestin di Rafar.
“Sekarang ini mereka bukan saja dekat Gaza dan Rafar, tapi hampir nak terkeluar dari tanah sendiri. Tentang blockout2024, dari minggu lepas negara barat dah trending.
“Pilih selebriti mana, senaraikan yang mana sokong zionist kan. Malaysia baru minggu ini. Dah agak nama aku mesti naik punya… awas!” kata Syamimia.
Defensif Sebab Dituduh Sebagai Lalang
Selepas memuat naik perkongsian itum Syamimia mendedahkan dia menerima mesej peribadi (DM) di Instagram daripada netizen yang memintanya untuk tidak terlalu defensif.
“Jangan serius sangat la, kalau nak berhujah… kita pergi Parlimen. Saya, Syamimi suka berhujah. Akak pidato di sekolah. Jangan serius sangat. Aku tengah sibuk, tertarik dengan DM masuk dekat phone ini.
“Dia kata ‘akak jangan defensif sangat. Tak ada masalah Malaysia lambat seminggu, setahun pun tentang blockout’. Dik, itu bukan isu utama akak nak bualkan.
“Isu utamanya, akak defensif sebab orang tuduh akak, fitnah akak, lalang. Lepas itu, promote produk zionist. Adik, setakat ini akak waras lagi. Ada beberapa jenama nak bayar tiga kali lipat, tapi akak tak ambil lagi, akak sabar lagi nafsu tu,” katanya lagi.