Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Syamsul Ada Wanita Lain? Puteri Sarah Tak Masuk Campur - "Saya Pun Terkejut... Banjir Komen"

Gempak
13/10/2023 14:56 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana, enggan masuk campur dengan urusan peribadi bekas suami lagi termasuk mengulas gosip Syamsul Yusof yang kini didakwa mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita.

Bagaimanapun Sarah, 38, berkata, hubungan mereka hanya membabitkan anak-anak.

"Saya sendiri pun tak tahu berkenaan perkara terbabit dan terkejut dengan khabar angin ini. Yang saya tahu, saya sibuk dengan kerja saya, dengan latihan teater. Saya tak nak komen lebih-lebih... itu hal peribadi dia.

"Hal itu tiada kena mengena dengan saya.... yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja," katanya kepada media.

Tegas Sarah, tumpuannya kini terarah kepada mencari rezeki menerusi perniagaan dan lakonan malah berita hangat ini disampaikan kepadanya daripada netizen.

"Saya tak kenal siapa wanita terbabit. Saya baru tahu hari ini.... saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan.

"Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir... komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.

"Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa. Yang lain semua saya tak nak tahu," katanya serius.

Terdahulu, beberapa portal hiburan menyiarkan berita berkenaan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.

Ramai yang mengagak lelaki yang dimaksudkan itu adalah Syamsul Yusof.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: Utusan Malaysia

#Viral #Syamsul Yusof #Gosip #Puteri Sarah Liyana #Skandal #Bekas Suami
;