Laman Utama

Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar - “Perlu Betulkan Yang Berkecamuk Dengan Sarah Dulu”

gempak
Shahrin Zulkifle
23/03/2023
04:00 MYT
Sponsor Banner
Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Berjumpa Ira Kazar - “Perlu Betulkan Yang Berkecamuk Dengan Sarah Dulu”

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menjelaskan dia belum bersedia untuk membawa kedua-dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah berjumpa dengan isteri keduanya, Ira Kazar.

Kata Syamsul, 39, dengan situasi yang berlaku antara dia dan isteri pertama, Puteri Sarah ketika ini, ia bukanlah masa sesuai untuk anak-anaknya itu berjumpa dengan Ira.

“Ketika ini masanya tidak sesuai kerana banyak hati yang perlu dijaga. Dengan keadaan sekarang ini saya perlu jaga sensitiviti.

“Saya perlu betulkan apa yang berkecamuk dengan isteri pertama (Puteri Sarah) ni dulu, rasa macam tak manis pula kan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia tidak ada masalah untuk memperkenalkan Ira sebagai isteri keduanya dan tidak mahu menipu kedua-duanya anaknya itu.

Dalam pada itu, Syamsul memberitahu sehingga kini dia tidak dihalang oleh Puteri Sarah untuk berjumpa dengan anak-anak.

Ujar Syamsul lagi, dia dibenarkan oleh Puteri Sarah berjumpa dengan anak-anak pada bila-bila masa sahaja.

“Alhamdulillah, apabila bercerita pasal anak saya dengan Puteri Sarah tak ada masalah. Saya nak berjumpa dia tak halang dan kerjasama memang ok.

“Cuma mula-mula tu pernah ada sekejap (dihalang), tetapi masa tu mungkin dia tengah dalam keadaan emosi,” ujarnya.

Pada masa sama, Syamsul juga menegaskan dia tidak gemar memuat naik di sosial media setiap kali dia dan anak-anak berjumpa.

“Saya tak mahu kalau jumpa anak kemudia post kat sosial media, orang sangka yang saya nak tunjuk baik. Bila tak post, orang ingat saya tak fikir pasal anak.

“Sosial media ni bukan daily life saya pun, jadi saya tak perlu nak post semua benda,” ujarnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live