Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi paparan skrin mesej perbualannya dengan suami, pengarah Syamsul Yusof sebagai bukti mengenai perjanjian mereka.

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah turut mendedahkan Syamsul kembali menyekat akaun Whatsapp miliknya.

Tegas aktres berumur 37 tahun itu, dia tidak pernah berjanji untuk menarik balik saman terhadap keluarga madunya, Ira Kazar semasa berbincang dengan Syamsul pada 9 April lalu.

“La block I balik? Lemah… ha ini nak bukti sangat. I tak pernah kata I nak tarik balik saman dekat family Kaza. I cakap kita settle it 1 by 1. Speak with facts bro,” kata Sarah.

Pada perkongsian yang berbaza, Sarah juga mendedahkan mesej yang dihantar dekat Syamsul yang menyatakan suaminya gagal untuk menyediakan rumah untuk anak-anak mereka.

Malah Sarah mengakui dia memang terbuka hati untuk berbaik dengan suaminya namun tidak sama sekali dfengan keluarga madunya.

“Bukan tak boleh nak bertolak ansur. Tapi janganlah dah bagi betis nak paha. Sekian,” tulisnya.

Terdahulu, Syamsul Yusof tampil menjelaskan mengenai punca sebenar dia menarik semula keputusan untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada Selasa.

Menurut Syamsul, dia sebenarnya sudah bersetuju dengan permintaan Sarah yang memintanya untuk menarik semula kes nusyuz yang sudah difailkan dengan syarat aktres itu juga perlu menggugurkan kes melibatkan Ira Kazar.

Syamsul turut mendedahkan dia menerima surat perjanjian yang baru daripada pihak Sarah dan peguam yang melibatkan perubahan dari segi jumlah tuntutan beberapa hari sebelum sebutan lafaz cerai mereka.

Susulan kenyataan Syamsul Yusof mengenai kes nusyuz yang difailkan, isteri pertamanya iaitu aktres Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan dirinya.

Sarah menegaskan Syamsul berdepan dengan masalah lebih besar sekiranya dia mendedahkan video dan gambar tidak senonoh suami dengan madunya iaitu Ira Kazar sebelum mereka berkahwin.