Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

Khairil Khusyairi
11/09/2024 15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), ibunya iaitu Datin Patimah Ismail memuat naik dua foto yang memaparkan Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof bertemu dengan ibu dan bapanya.

Dalam foto penuh istimewa, pengarah filem Munafik itu memeluk erat kedua ibu bapanya.

Manakala dalam foto kedua, Syamsul turut mendukung anak bongsunya iaitu Sumayyah, 5.

Lebih manis, bekas isteri Syamsul yang juga aktres popular iaitu Puteri Sarah Liyana turut bersama dalam foto tersebut.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan Syamsul dan bekas isterinya iaitu Ira Kazar sah bercerai apabila wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Syamsul juga pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.
#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Yusof Haslam #Ibu Bapa #Patimah Ismail