Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
Amri Hassan
06/01/2023 07:51 MYT
06/01/2023 07:51 MYT
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengesahkan telah sah bernikah dengan pelakon muda Ira Kazar pada Jumaat di Thailand.
Berita itu dimaklumkan Syamsul menerusi hantaran video di media sosialnya.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana bersabar menantikan update terbaharu saya. Terima kasih kerana beri perhatian terhadap isu rumah tangga saya ini.
"Saya perlu clearkan semua ini, macam saya maklumkan sebelum ini saya akan letakkan noktah terhadap isu rumah tangga saya ini.
"Saya ingin beritahu kepada semua, Alhamdulillah syukur saya sudah bernikah dengan sahnya dengan Ira Kaza yang berwalikan ayahnya sendiri di Thailand, ada sebabnya. Untuk memudahkan beberapa perkara.
"Ia (perkahwinan) telah didaftarkan," ujarnya dalam video berkenaan.
Dalam pada itu, Syamsul turut memanjatkan rasa syukur atas ikatan yang dibinanya bersama Ira secara sah di sisi syarak.
"Saya bersyukur dan lega untuk mengelakkan fitnah dengan Ira Kazar.
"Hari ini saya baru sah bernikah dengan Ira Kazar, cerita-cerita sebelum ini... yang lepas dah lepaslah. Yang sudah itu sudah.
"Doa yang baik-baik selepas ini. Harap segala-galanya bertemu jalan penyelesaian," tambahnya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan suaminya, Syamsul Yusof berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran 'orang ketiga' dikenali Ira Kazar.
Pelbagai spekulasi bertebaran termasuk dakwaan Syamsul dan Ira Kazar sebenarnya telah mendirikan rumah tangga sebelum ini.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.