Laman Utama

Syamsul Yusof Nak Saman Jawi RM10 Juta? - “Mereka Telah Keluarkan Satu Kenyataan Fitnah…”

Asyikin Mayudin
22/12/2022
13:57 MYT
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan dia bakal mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjumlah RM10 juta.
Menerusi kenyataan yang diberikan kepada media, Syamsul mendakwa pihak Jawi telah memberi maklumat palsu kepada ahli keluarganya sehingga ia mendatangkan fitnah terhadapnya.
Bagaimanapun, suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu enggan mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai maklumat peribadi yang dimaksudkan itu.
“Saya ingin memberitahu yang saya sudah berbincang dengan peguam saya panjang lebar tentang satu perkara. Pendek kata, saya akan saman pihak Jawi RM10 juta.
“Kerana mereka telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya… fitnah dan tidak benar, boleh dikatakan palsu kepada saya.
“Mereka telah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarga saya. Sedangkan maklumat itu, sekali lagi tidak benar, dah boleh dikatakan palsu dan juga fitnah kepada ahli keluarga saya.
“Sedangkan perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan kerana telah buat satu fitnah. Ya, saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta,” katanya.
Sementara itu, pelakon filem Munafik tersebut berkata dia tidak dapat menjelaskan lebih lanjut lagi dan akan sentiasa berkongsi perkembangan seterusnya.
“Buat masa ini, itu saja yang boleh saya katakan… itu dulu. Yang lain nanti. Saya mahu saman Jawi, Insya-Allah. Saya akan update lagi,” ujarnya.
Dipercayai dokumen yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dengan Puteri Sarah selain turut melibatkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan paparan skrin di Instastory memaparkan mesej daripada netizen yang mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira Kazar dalam diam.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Hiburan

Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

gempak
03/07/2024
08:24 MYT
Pelakon, Puteri Sarah mendapat perhatian netizen selepas meninggalkan komen di hantaran terbaru bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Hiburan

Kes Khalwat Dengan Ruhainies, Aliff Aziz Dah Beri Kerjasama Pada Jawi - “Doakan Yang Baik-Baik, Semoga Selesai”

gempak
14/06/2024
07:46 MYT
Penyanyi, Aliff Aziz memaklumkan sudah memberikan kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung kes khalwat yang membabitkan dirinya dan pelakon, Ruhainies.
Hiburan

Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

gempak
07/05/2024
02:30 MYT
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.