Laman Utama
Syamsul Yusof Tenang Hadir Ke Mahkamah, Puteri Sarah Mohon Maaf Lambat Uruskan Anak Tak Sihat
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pukul 9.05 pagi, Selasa bagi sebutan pertama kes perceraian yang difailkan isterinya, Puteri Sarah Liyana.
Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Melayu itu sempat menegur dengan memberi salam kepada pihak media yang berada di perkarangan mahkamah.
“Assalamualaikum. Lama dah tak dengar suara Syamsul Yusof kan?” katanya.
Syamsul yang memakai jaket berwarna hitam dan bersongkok kelihatan tenang itu ditemani wakil peguamnya iaitu hadir ke mahkamah.
Manakala Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.40 pagi memberitahu dia sudah reda dan bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini.
“Maaf lambat sikit, menguruskan anak yang tak berapa sihat. Sarah reda, Sarah okay, Sarah ready… semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Pada 16 Januari lalu, isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana memfailkan permohonan cerai di Mahkmah Syariah Kuala Lumpur.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah