Hiburan
Syarif Dedah Wajah Anak, Peminat Komen: Kecil-Kecil Pun Dah Handsome Boy!
Bekas anggota kumpulan Sleeq, Syarif dan isterinya, Malaque Mahlady mendedahkan wajah dan juga nama anak keduanya, Umar Nael selepas tujuh hari bayi itu dilahirkan.
Nama dan foto-foto anaknya itu dikongsi sendiri oleh Syarif dan Malaque menerusi entri terbarunya di Instagram (IG)nya beberapa hari yang lalu.
Foto-foto tersebut juga turut disertakan dengan hashtag #thesyarifsno2, #umarnael dan #thesyarifs.
Selain nama anaknya, pengikut IGnya juga turut tertarik dan terpegun dengan kecomelan wajah Umar.
Rata-ratanya memuji kecomelan Umar dan mendoakan supaya anak kecil itu membesar dengan baik serta menjadi anak yang soleh.
@noradahalan: Hi handsome Umar. Semoga menjadi anak yang soleh & berjaya di dunia & akhirat.
@mrzqisyhmi: Kecik-kecik dah handsome.
@therealmamahani: Assalamualaikum Umar Nael. Semoga sentiasa sihat dan membesar jadi anak yang soleh Insha Allah.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto comel Umar yang diambil menerusi IG pasangan berkenaan.
Teks oleh: Mya Amri