Hiburan

Syarif Sleeq Dedah Sikap Isteri Sewaktu Hamil

gempak
Ahmad Shah
03/02/2016
07:30 MYT
Sponsor Banner
Syarif Sleeq Dedah Sikap Isteri Sewaktu Hamil
Bekas ahli kumpulan Sleeq, Syarif mengakui timbul rasa panik selepas mengetahui isterinya, Malaque Mahlady hamil pada tahun lalu.
“Sejujurnya saya rasa panik apabila dapat tahu isteri sedang hamil sebab ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menimang cahaya mata. Saya tak tahu nak buat apa dan semestinya kehidupan kami sebagai suami isteri bakal berubah kelak,” luah Syarif.
Jelas Syarif, dia juga belajar untuk menyesuaikan dengan keadaan perubahan mood isterinya yang kerap berubah.
“Sewaktu isteri mengandung, dia senang naik darah dan bermasam muka. Saya tak tahu alasan dan sebab disebalik perubahan mood Malaque. Jadi apa yang boleh saya buat ialah ajak dia buat aktiviti luar seperti keluar makan, pergi menonton wayang dan membeli belah.
“Orang cakap ambil ‘Angin Luar’. Apa yang paling penting sekali sebagai suami saya harus beri 100 peratus sokongan kepada isteri sewaktu dia sedang hamil,” ujar Syarif lagi.
Tambah Syarif lagi, dia juga tidak membenarkan isterinya untuk melakukan kerja-kerja berat di rumah kerana terlalu risau dengan karakter isterinya yang lasak.
“Saya halang Malaque untuk banyak berjalan dan lakukan aktiviti-aktiviti yang berat. Saya seorang yang paranoid sebab ada benda yang tak perlu takut saya akan cepat risau. Ditambah lagi sifat Malaque yang lasak, saya akan lebih berhati-hati,” kongsi Syarif.
Syarif dan Malaque menyambut bayi perempuan mereka pada 31 Disember 2015 pada jam 10 malam. Lebih istimewa 10 malam atau 2200hrs juga membawa makna istimewa bagi Syarif dan Malaque kerana 22 merupakan tarikh mereka bercinta dan bernikah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 November 2014.
Nak tahu lebih lanjut mengenai persiapan atau tips berguna kepada mereka yang pertama kali bergelar ibu dan bapa?
Jangan lupa untuk saksikan program terbaru “Untuk Dia” yang menampilkan Syarif Sleeq dan isteri yang bersiaran pada hari Rabu bermula jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan tips menarik, info dan inspirasi untuk ibu dan bapa di luar sana yang ingin menjadi terbaik buat anak mereka difacebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live