Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”
Kenyataan Dibuat Bersifat Fitnah, Tidak Benar
Malah, AC menjelaskan kenyataan tidak berasas tersebut telah dibuat oleh beberapa bekas pekerja syarikat yang telah ditamatkan perkhidmatan.
“Kenyataan yang tular tentang kegagalan Suke TV bayar gaji 3 bulan kepada individu-individu tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
“Saya nak nyatakan kenyataan fitnah tersebut disebarkan oleh beberapa bekas staff yang antaranya telah ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat kerana didapati melanggar syarat-syarat perkhidmatan dengan syarikat.
“Kami mempunyai semua bukti tetapi kami tidak akan mencanangkan butir-butir ini kepada umum,” ujarnya dalam sebuah kenyataan pada Jumaat.
Ambil Tindakan Undang-Undang
Sehubungan dengan itu, AC memaklumkan dia dan syarikatnya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu tersebut.
“Saya telah mengarahkan peguam saya dan syarikat untuk ambil tindakan undang-undang serta merta terhadap individu terbabit berkenaan penularan fitnah ini.
“Saya serahkan kepada proses undang-undang mahkamah dan keadilan negara kita,” jelasnya.
Harap Henti Sebarkan Fitnah
Terbuka membincangkan isu tersebut, AC berharap segala fitnah dan dakwaan tidak benar dapat dihentikan.
“Saya mohon semua berfikir secara tenang, hentikan segala fitnah dan cerita yang tak berasas dan fakta yang sebenar.
“Jangan menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan tertentu,” tutupnya.