HIBURAN

Syasya Rizal Tampil Jawab Dakwaan Goncang Anak Terlalu Kuat Ketika Buat Trend TikTok - “Takkan Saya Nak Gegar…”

Mya Amri 11/08/2025 | 01:54 MYT
Penyanyi, Syasya Rizal tampil memberi penjelasan berkenaan dakwaan netizen mengatakan dirinya telah menggoncang anak lelakinya yang baru berusia lima bulan dengan kuat ketika melakukan trend TikTok bersama.

Guna speed 2 kali

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal menjawab dakwaan itu menerusi ruangan komen di video dimuat naik di TikTok, yang merakamkan dirinya sedang melakukan trend tersebut.

Menurut Syasya video yang dirakam itu telah ditambah kelajuan (speed), selain menegaskan bahawa tidak mungkin baginya mahu menggoncang tubuh badan anaknya, Muhammad Yassir Hayyan dengan kuat. undefined Terdahulu, netizen memberikan teguran dan meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan Syasya yang disifatkan akan memberi kecederaan dalaman kepada Yassir sekiranya menggoncang badan Yassir terlalu kuat.

Sekadar info, Syasya Rizal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan.
#Anak #Trend #TikTok #Syasya Rizal