Hiburan
Syatilla Melvin 'Buang' Tiga Tonsil, "Dah Lama Bengkak Jadi ..."
Pelakon Syatilla Melvin sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan membuang tonsil pada Rabu lalu.
Menurut Syatilla, 29, dia mempunyai tiga tonsil yang selama ini menganggu kehidupan sehariannya.
"Dah lama bengkak jadi dia menganggu aktiviti seharian dan kehidupan.
"Alhamdulillah dah selamat. Doktor dah buang tiga tonsil iaitu dua di kiri dan kanan tekak serta satu lagi di belakang hidung. Saya dah boleh discharge," katanya menerusi Instagram Stories.
Tambah isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, dia perlu mengawal percakapan supaya nadanya tidak tinggi.
"Masih tak boleh nak cakap kuat-kuat. Sakit kat sini. Terima kasih yang mesej dan WhatsApp saya, ada masa free saya balas satu persatu," katanya lagi.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Must-Watch Video