Laman Utama

Syatilla Melvin Hamil Kali Keenam – “Baru Nak Pakai IUD…Doakan Kandungan Kekal Sehingga 9 Bulan…”

gempak
Fiza Kamarudin
16/09/2021
12:32 MYT
Sponsor Banner
Syatilla Melvin Hamil Kali Keenam – “Baru Nak Pakai IUD…Doakan Kandungan Kekal Sehingga 9 Bulan…”
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi berita kehamilannya yang ke enam di laman sosial Instagram (IG) sebentar tadi.
Selain mengucapkan rasa syukur dengan rezeki diberikan itu, Syatilla turut memohon orang ramai mendoakan agar kandungannya kali ini bertahan sehingga 9 bulan.
Bagaimanapun Syatilla sempat berseloroh apabila memberitahu dia tidak sempat untuk memasang alat perancang keluarga IUCD. (IUCD adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan).
“Kali ke 6…Syukur Alhamdulillah…Baru plan nak pakai iud tau tak!! Rezeki allah nak bagi…Hari-hari duk mintak Allah murah rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi.
“Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan,” tulisnya di ruangan kapsyen yang disertai tanda pagar #lakirajin.
Sementara itu pengikut dan rakan artis mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar impian Syatilla dan Shaheizy Sam memiliki anak ketiga terlaksana.
Syatilla sebelum ini pernah beberapa kali mengalami keguguran, namun reda impian untuk memiliki cahaya mata ketiga belum tercapai.
Pelakon tinggi lampai itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live