Berita
Syatilla Melvin Kongsi Tips Menyusu Ketika Berpuasa
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi tips menyusu untuk kaum ibu yang kini sedang menjalani ibadah puasa.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Istagramnya buat tatapan umum.
Menurut Syatilla, seorang ibu yang menyusu ketika berpuasa harus menjaga pemakanan dengan baik dan minum air secukupnya.
"Hari keempat puasa ni susu badan ok tak? Ni Tilla share tips untuk banyakkan susu badan.
"Pastikan makan dan minum secukupnya ketika waktu berbuka dan sahur ya, elak dari makan pedas, kefien, makanan terlalu manis dan berminyak," tulisnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, dalam video tersebut, Syatilla turut menyarankan kaum ibu untuk mengepam secara konsisten seperti yang diamalkan olehnya sendiri.
"Kalau ibu yang mengepam, lakukannya tiga atau empat jam sekali dan ia haruslah konsisten," katanya dalam video itu.
Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka, Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy.
Must-Watch Video