Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Syatilla Melvin Kongsi Tips Menyusu Ketika Berpuasa

Asraf Aided 09/05/2019 | 06:51 MYT
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi tips menyusu untuk kaum ibu yang kini sedang menjalani ibadah puasa.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di entri akaun Istagramnya buat tatapan umum.
Menurut Syatilla, seorang ibu yang menyusu ketika berpuasa harus menjaga pemakanan dengan baik dan minum air secukupnya.
"Hari keempat puasa ni susu badan ok tak? Ni Tilla share tips untuk banyakkan susu badan.
"Pastikan makan dan minum secukupnya ketika waktu berbuka dan sahur ya, elak dari makan pedas, kefien, makanan terlalu manis dan berminyak," tulisnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, dalam video tersebut, Syatilla turut menyarankan kaum ibu untuk mengepam secara konsisten seperti yang diamalkan olehnya sendiri.
"Kalau ibu yang mengepam, lakukannya tiga atau empat jam sekali dan ia haruslah konsisten," katanya dalam video itu.
Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka, Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy.

Hari ke 4 puasa ni susu badan mami ok dak? Ni tilla share tips untuk banyakkan susu badan. . Pastikan mami makan dan minum secukupnya waktu buka dan sahur ye. Elak dari makan pedas, kafien, makanan terlalu manis dan berminyak. . Paling penting kena ambil MilkUp Candy sebagai supplement tambahan. InsyaAllah susu badan ampa maintain banyak je. . Cepat dapatkan MilkUp Candy sekarang sementara Promo Pre Ramadan. Lawat ig @milkupcandy.hq untuk info lanjut.

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

#Syatilla Melvin
;