Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Syazwan Zulkifly Tak Tolak Jodoh Dengan Wan Sharmila

Zulaikha Yusof
17/08/2020 01:52 MYT
Pelakon Syazwan Zulkifly, 33, tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres Wan Sharmila, 39, atau lebih mesra disapa Lala.

Ketika dihubungi Gempak, Syazwan menyatakan buat masa sekarang hubungan mereka masih sebagai seorang kawan.

"Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala.

"Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan.

"Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala.

"Walaubagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda menerima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama di dunia realiti.

"Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama.

"Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja.

"Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya," katanya lagi.

BACA: Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Wan Sharmila

BACA: Masih Solo, Wan Sharmila Tak Memilih Dalam Berkawan​



#Kahwin #Kahwin #Wan Sharmila #Syazwan Zulkifly
;