Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Syed Saddiq Belajar Jadi Suami Terbaik, Ramai Wanita Tawar Diri Jadi Isteri

Azwa Rahman
05/11/2020 09:19 MYT
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila berkongsi tips-tips bagaimana menjadi suami terbaik.

Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq berkongsi video tersebut yang diambil menggunakan aplikasi TikTok untuk tatapan umum.

Parliament season back on and this is me listening to most important advice from 2 superwomen of Malaysia. Ok I’m all ready now! ? @yeobeeyin @hannahyeoh

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


“Musim Parlimen kembali dan inilah saya mendengar nasihat paling penting daripada dua adiwira wanita Malaysia. Ok, saya bersedia!” tulis Saddiq menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu, Saddiq mengambil nasihat rumah tangga tersebut daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.

Antara beberapa nasihat menjadi suami terbaik yang diberikan adalah selalu berkongsi kerja rumah, bantu isteri menjaga anak-anak, jangan menggunakan keganasan dalam rumah tangga dan jangan biarkan isteri bercakap seperti Doraemon.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti terhibur dengan perkongsian tips-tips tersebut.

Malah, ramai juga yang menawarkan diri untuk menjadi suri hati bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Such a husband material ya YB ni,” komen seorang wargamaya.

Haha saya dah kahwin la YB, jadi menantu saya nak ke?” usik seorang wargamaya.

Dah bersedia, adakah ini hint untuk tamatkan zaman bujang?” tanya seorang wargamaya.

Dear future husband.. EH!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut mendapat hampir 400,000 tanda suka daripada warga Instagram.


#Perkahwinan #Syed Saddiq #Video TikTok
;