HIBURAN

Syed Saddiq Dedah Rutin Harian Bermula 5 Pagi, Mandi Pun Di Parlimen - “Saya Ni Workaholic, Tak Suka Duduk Diam”

Mya Amri 26/07/2025 | 01:58 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi rutin hariannya yang bermula seawal jam 5 pagi sebagai sebahagian daripada gaya hidup produktif yang diamalkannya.

Tak gemar duduk diam


Menurut Saddiq, dia merupakan seorang yang sangat aktif dan kurang selesa sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti.

“Saya ni workaholic tak suka duduk diam, tak buat kerja sebab itu saya mulakan hari seawal pukul 5 ke 5.30 pagi.

“Senaman, habis sahaja senaman saya akan terus bergegas ke parlimen. Mandi dan sauna pun di parlimen.


“Parlimen bermula pukul 10 pagi pun saya akan berada di sini dalam pukul 8 ke 8.30 pagi,” ujarnya.

Saddiq berkongsi perkara itu di ruangan ‘ask me a question’ menerusi Insta Story miliknya baru-baru ini.

Multitasking


Mengulas lanjut tentang cara pengurusan masa, Saddiq berkata, dia mengamalkan prinsip multitasking untuk memastikan setiap waktu digunakan itu adalah efisien.

“Sebab itu walaupun saya banyak mengambil kerja separuh masa, saya tidak pernah culas dalam kehadiran, penglibatan saya di parlimen dan juga kerja-kerja kebajikan di parlimen muar.

“Saya tak suka buang masa, saya multitask sebanyak yang saya boleh, saya bersenam sambil dengar podcast.

“Buat kaji selidik, saya suka lakukan dua atau tiga benda sekaligus supaya saya dapat memanfaatkan masa.


“Saya pun sudah biasakan diri tidur awal dan bangun awal pagi. Dulu saya selalu buat kerja-kerja yang mungkin tidak begitu berfaedah.

“Tapi saya sudah buangkan semuanya dan insya-Allah selagi kita berada di tempat yang betul, semuanya akan berjalan dengan lancar,” jelasnya.

#Gaya Hidup #Parlimen #Syed Saddiq #Aktif #Senaman