gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Tiada Penyingkiran! 14 Bintang Mara Ke Minggu Suku Akhir
DRAMA
6 Siri Spy Wanita Yang Buat Hati Tak Tenang, Honey Trap Wajib Masuk ‘Watchlist’
GAYA HIDUP
Dari Fesyen Ke Fairway! Pereka Fesyen Duo Farel & Jonathan Tubuh Persatuan Golf Sendiri, Anjur Glam Golf Fun Swing
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Syed Saddiq Komited Derma 100 Peratus Bayaran Kempen Produk Wawa Untuk Rakyat Muar - "Niat Saya Untuk Kebajikan"

Amri Hassan
Amri Hassan
20/07/2025
13:25 MYT
Sponsor Banner
Syed Saddiq Komited Derma 100 Peratus Bayaran Kempen Produk Wawa Untuk Rakyat Muar - "Niat Saya Untuk Kebajikan"
Ahli politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau akan terus menyerahkan 100 peratus bayaran diterima hasil menjadi wajah kempen atau model produk kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar.
Syed Saddiq, 32, yang kini merupakan duta bagi produk pelindung matahari Wawa Global Sdn Bhd, berkata langkah itu dibuat atas dasar komitmen untuk membantu masyarakat di kawasan yang diwakilinya.

“Setiap satu sen yang diperoleh (daripada bayaran diterima) akan disalurkan kepada kebajikan khususnya buat membantu rakyat Muar sendiri.

“Apapun, sedikit sebanyak saya memang lakukan perkara ini dengan niat yang jelas iaitu untuk kebajikan. Itu adalah fokus utama saya,” katanya kepada Gempak.
Syed Saddiq ditemui selepas pada majlis pelancaran produk baharu Wawa Global Kosmetik New Chapter di ibu kota pada Ahad.
Walau bagaimanapun, sekiranya kontrak ditandatangani melalui agensi, proses penyaluran mungkin berbeza.

“Bukan berapa peratus, tetapi 100 peratus. Apa yang saya buat selalunya, saya akan perincikan kemudian. Cuma kadang-kadang, saya beri contoh ada satu jenama yang tidak membenarkan perkara ini kerana ia melalui beberapa agensi.

“Mereka kata tak boleh umumkan, tetapi mereka benarkan kita maklumkan jenis bantuan yang disampaikan itu,” katanya.
Mengulas soal pemilihan tawaran, Syed Saddiq mengakui tidak menerima semua tawaran tanpa pertimbangan.
“Ada. Malah, banyak juga. Sebab kita perlu ambil kira soal kesesuaian. Dalam hal ini, saya boleh kongsikan bahawa sesetengah jenama itu memang sesuai. Ia sangat serasi dengan identiti rakyat Malaysia yang berjaya.
“Itu adalah jenama yang saya rasa berpatutan dan produknya juga mudah untuk saya pasarkan, lebih-lebih lagi kerana saya sendiri memang seorang yang suka bersukan,” katanya.
Beliau turut menolak tawaran lumayan yang tidak menepati prinsip atau kualiti.
“Banyak juga tawaran seperti itu yang saya tolak atas sebab-sebab tertentu kerana saya percaya bahawa kita semua kena menjaga imej masing-masing.
“Saya sendiri seorang penggubal dasar. Maka, sebagai penggubal dasar, satu keutamaan perlu diberikan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu,” katanya lagi.
Kempen bersama Syed Saddiq ini diumumkan dalam majlis pelancaran tiga produk pelindung matahari terbaharu daripada Wawa Global Sdn Bhd di Bangi pada 20 Julai lalu.
Produk tersebut diformulasi khas untuk lelaki dan wanita yang aktif bersukan, menampilkan formula mineral mesra kulit serta pembungkusan baharu yang lebih elegan.
Acara itu juga menandakan fasa baharu jenama tersebut melalui penjenamaan semula logo dan strategi membanteras produk tiruan.
Wawa Zainal dan Aeril Zafrel turut hadir bersama Syed Saddiq dan dua lagi bawah kempen iaitu Umisya Mazlan dan suaminya, Aslam untuk acara ini.
“Kami percaya produk yang selamat, halal dan berkualiti tinggi adalah asas kejayaan yang mampan,” kata Wawa Zainal.
Topic Berkaitan
#Derma
#Syed Saddiq
#Wawa Cosmetics
#Muar
#Aslam
#Umisya Mazlan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement