Syed Saddiq Kongsi Kehebatan Ucapan Tun M Sehingga Digeruni Pemimpin Dunia
Elrafaei Sapi
01/10/2018 11:12 MYT
01/10/2018 11:12 MYT
Kehebatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun M sebagai pemimpin bukan saja diukur pada usianya yang masih gagah tapi ucapannya dengan lantang di peringkat antarabangsa membuatkan pemimpin dunia lain gerun terhadapnya.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut mengagumi Tun M tampil mendedahkan kepada khalayak mengenai tuduhan segelintir pihak beranggapan ucapan negarawan itu bukan disediakan Tun M sendiri.
Tun M sekali kali menarik perhatian dunia ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Syed Saddiq menyatakan beliau pernah mempunyai pengalaman bekerja dengan Tun M sebelum ini sambil menyifatkan Perdana Menteri itu seorang yang pakar terhadap kerjanya.
"Ketika kami (Pegawai Tadbir Diplomatik) terbabit dalam Policy Talk secara mingguan (berhadapan dengan pilihan raya), kami menyediakan keseluruhan ucapannya.
"Fakta dan angka, ayat demi ayat. Apabila menghantar draf kepadanya, beliau memberitahu perlukan masa untuk meneliti draf tersebut.
"Kami fikir kerja kami sudah selesai tapi kejutannya, beliau memberikan draf yang ditulis dengan tangan yang mengubahsuai hampir keseluruhan draf yang kami tulis," katanya menerusi Instagramnya, @syedsaddiq.
Ujarnya, Tun M adalah pemimpin yang sangat bertanggungjawab terhadap ucapannya sendiri.
Malah, Syed Saddiq juga memberitahu beliau bersama kumpulan PTD itu pernah melakukan tambahan pada ucapan tanpa pengetahuan Tun M.
"Sekali lagi kejutan ketika Tun M secara langsung menerusi Facebook, Tun M berhenti seketika dan memberitahu 'Saya fikir kamu buat silap. Saya tidak pernah menambah perkataan ini'.
"Demi Allah, muka saya jadi merah padam kerana malu. Bagaimana Tun M boleh tahu perkara yang tidak diberitahu? Bagaimana beliau seorang yang sempurna?," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @syedsaddiq