HIBURAN
Syed Saddiq Kongsi Momen Bella Astillah Masak Semua Juadah Untuk ‘Open House’ - “Sebelum Itu Dia Kat Luar Duduk Cangkung, Bersihkan Kuali”
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsi situasi penyanyi dan pelakon Bella Astillah menyediakan sendiri hidangan rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya.
Tanpa paksaan
Menerusi siaran langsung (live) di TikTok baru-baru ini, Saddiq memberitahu dia tidak pernah memaksa Bella untuk masak malah sudah mencadangkan untuk menggunakan khidmat katering sahaja.
“Dia tengah masak kejap, 30 saat sebelum itu dia kat luar tengah duduk cangkung, bersihkan kuali. Masuk dalam balik, hidangkan kat luar.
“Saya tak paksa, perkara sebaliknya berlaku. Saya kata nak kita buat katering. Bella marah kata mana boleh,” kongsinya.
Pengalaman paling seronok
Bella yang turut ada bersama turut menganggap memasak juadah raya di rumah Saddiq merupakan pengalaman yang paling seronok.
“Sebab kat rumah dia tak ada kuali yang banyak, tapi dia kata bukannya nak masak selalu yang untuk kenduri. Tak apa, kita kena guna, dah kotor kita basuh dan guna balik.
“Tapi pengalaman yang sangat best tanpa paksaan. Sebab ada yang cakap ‘jangan paksa Bella’. Kawan-kawan dia (Syed Saddiq) marah dia.
“Mungkin korang dengar macam untuk 100 orang tapi korang lupa Bella kan berniaga laksa. Kita dah biasa last minit orang nak juga laksa. Dah biasa chaos itu, dah boleh kawal,” kongsinya.
Rakan ke dapur
Berkongsi mengenai momen tersebut, Bella memberitahu dia berasa segan apabila Saddiq membawa rakan-rakannya ke dapur dalam keadaan dirinya tidak bersiap.
“Tapi macam Bella cakap, bukan Bella bersendirian… YB dia bagi semangat juga tapi macam ‘you okay? You need anything?’. Ha macam itu.
“Yang paling Bella geram, Bella tengah dekat dapur tak siap lagi tapi kawan dia dah masuk dapur. Dalam keadaan Bella tu, dengan baju kelawar sebab senang nak masak.
“Korang tahu tak, dia bawa kawan masuk dapur. Nasib dia kenalkan, kalau tak Bella rasa kawan dia ingat Bella pembantu dari Filipina,” ujarnya.
Tak percaya
Saddiq memberitahu dia terpaksa melakukan perkara itu disebabkan rakan-rakannya tidak mempercayai Bella memasak semua juadah pada waktu itu.
“Kawan-kawan tak percaya bila saya cakap Bella yang masak. Mereka kata tipulah, mana Bella? Terkejut mereka bila nampak Bella dekat dapur dan mereka marah saya. Tanpa mereka sedari Bella yang nak masak juga,” katanya.
undefined