HIBURAN
Syed Saddiq Mohon Waktu Berehat Bersama Keluarga Selepas Dilepaskan Atas Empat Pertuduhan - “Lima Tahun Difitnah, Diuji, Dihina…”
Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon untuk meluangkan sedikit masa bersama dengan keluarganya selepas dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan berkaitan pecah Amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda
(Armada).
Menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya, Syed Saddiq sejak menyertai dunia politik, masa yang diluangkan bersama keluarga sangat terhad kerana sering meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu.
Disebabkan itu, Syed Saddiq memilih untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang selama ini menjadi tulang belakang saat dirinya diuji buat sementara waktu.
“Minta maaf kalau saya tak dapat respon kepada mesej sokongan dari semua yang tak putus putus masuk.
“Saya mohon sedikit masa & ruang untuk luangkan masa bersama keluarga tersayang.
“Sejak saya sertai politik, saya jarang ada masa untuk keluarga sebab saya selalu letakkan Malaysia di tempat pertama. Saya rasa dah tiba masa untuk beri sedikit masa untuk diri sendiri dan keluarga.” coretnya.
Dalam hantaran yang sama, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur kepada Allah atas segala ujian yang dihadapinya.
Walaupun lima tahun bukan masa yang singkat namun semua cabaran itu mengajarnya erti ketabahan.
“Terima kasih Ya Allah. Kerana di sebalik luka, Kau tanamkan tekad yang tak pernah mati,” luahnya.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Bella yang turut hadir di mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan bagaimanpun menganggap sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal jodohnya dengan Ahli Parlimen Muar itu.
(Armada).
Mahu luang masa bersama keluarga
Menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya, Syed Saddiq sejak menyertai dunia politik, masa yang diluangkan bersama keluarga sangat terhad kerana sering meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu.
Disebabkan itu, Syed Saddiq memilih untuk meluangkan masa bersama keluarganya yang selama ini menjadi tulang belakang saat dirinya diuji buat sementara waktu.
“Dalam waktu paling sukar dan hari-hari paling gelap, mereka tetap di sisi saya. Saya anak paling bertuah di dunia.
“Minta maaf kalau saya tak dapat respon kepada mesej sokongan dari semua yang tak putus putus masuk.
“Saya mohon sedikit masa & ruang untuk luangkan masa bersama keluarga tersayang.
“Sejak saya sertai politik, saya jarang ada masa untuk keluarga sebab saya selalu letakkan Malaysia di tempat pertama. Saya rasa dah tiba masa untuk beri sedikit masa untuk diri sendiri dan keluarga.” coretnya.
Syukur atas ujian
Dalam hantaran yang sama, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur kepada Allah atas segala ujian yang dihadapinya.
Walaupun lima tahun bukan masa yang singkat namun semua cabaran itu mengajarnya erti ketabahan.
“Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah atas segala ujian ini. Lima tahun. Difitnah. Diuji. Dihina. Tapi aku tahu ini bukan beban, ini bimbingan.
“Ujian ini bukan untuk melemahkan, tapi untuk menguatkan. Hari ini aku dibebaskan. Bukan hanya oleh mahkamah. Tetapi oleh kebenaran yang tak pernah goyah.