Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep Beep Mahu Bongkar Kebenaran - “Tak Kisah Kesian Atau Tidak, Aib Atau Tidak, Saya Akan…”
Asyikin Mayudin
06/08/2024 04:55 MYT
06/08/2024 04:55 MYT
YouTuber mukbang yang dikenali sebagai Syedot Asmr menyatakan hasratnya untuk bersemuka dengan pempengaruh media sosial, Liana Beep Beep bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Permohonan Maaf
Bagaimanapun, Syedot juga membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Liana kerana telah mengungkit cerita lama mereka di dalam sebuah saluran podcast.
"Sejak beberapa hari ini nama saya hangat diperkatakan. Oleh itu, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada Liana kerana secara tidak langsung isu ini telah melibatkan suami dan keluarganya.
"Saya mengaku bersalah dalam hal ini kerana membangkitkan isu ini dalam podcast tersebut. Saya mengaku ramai yang kata saya ‘red flag’ kerana melontarkan cerita ini secara umum.
ARTIKEL BERKAITAN: Berharap Isu Dengan Liana Beep Beep Berakhir, Syedot Asmr Mengaku Salah - “Cuma Kesilapan Aku La Pergi Beritahu Hint Yang…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Tak Henti Ajak Couple, Liana Beep Beep Tampil Dedah Bukti: “Sesiapa Tolong Kahwin Dengan Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Dedah Suami Paksa Tidur & Mandi Bersama Madu, Ini Penjelasan Ustaz Bola - “Hal Demikian Merupakan Lambang Rendah Akhlak, Kehinaan…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ananda Natasha Tak Kisah Ada Pihak Sebelahkan Andika Putera, Anggap Setiap Orang Ada Hak Beri Pendapat - "Manusia Ada Macam-Macam Pendapat"
"Saya amat menyesal dengan perbuatan ini, saya ingin minta maaf atas segala percakapan dan perbuatan saya. Jika berkesempatan untuk kedua-dua pihak bertemu, saya akan ambil peluang itu untuk memohon maaf secara berdepan,” katanya.
Bongkar Kebenaran
Sementara itu, Liana menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia akan membongkarkan cerita sebenar mengenai isu tersebut meskipun akan membuka aib kedua-kedua pihak.
"Kalau terpaling benar kenapa tutup komen? Tolong bertindak matang sepertimana usia awak. Saya tidak akan cover untuk awak lagi dah. Tak kisah kesian atau tidak, aib ke tidak, saya akan cerita.
“Sebab awak langsung tak faham erti perkataan tanggungjawab dan bercakap benar,” katanya.
Terdahulu, Syedot menerusi siaran langsung di TikTok mengakui kesilapannya mengungkit kisah lama yang mengaitkan nama Liana Beep Beep.
Meminta pihak Cikidot Channel untuk privasikan podcast mereka, Syedot berkata dia sendiri yang membenarkan Liana membuat video penjelasan bagi membersihkan nama.