Bakal membariskan filem-filem hebat berbeza genre, Astro Kembali bersedia untuk membariskan karya-karya luar biasa sepanjang 2024!
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya bakal mengetengahkan pelbagai filem menarik serta idea yang segar bagi mencapai objektif menjadikan filem tempatan setanding dengan karya luar negara.
“Alhamdulillah, tahun lalu filem-filem terbitan kami menerima sambutan positif dan antaranya adalah kejayaan Polis Evo 3 yang meraih RM54 juta. Justeru ia menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah. Tahun ini bakal menjadi satu lagi tahun yang agresif buat Astro Shaw dengan mempersembahkan variasi filem menarik yang dibarisi para pelakon hebat tanah air serta membabitkan pengarah terkemuka.
"Memahami cita rasa penonton adalah berbeza, kami meletakkan fokus kepada enam filem yang mampu mensasarkan peningkatan pengalaman luar biasa dengan idea cerita yang segar, sekali gus memacu ke arah objektif kami untuk memperhebatkan filem tempatan setanding karya luar negara," katanya.
Berikut merupakan antara filem terbitan Astro Shaw yang bakal menemui penonton di pawagam pada tahun 2024:
1. Syerif
Filem pertama dari Astro Shaw yang akan menemui penonton tahun ini adalah filem aksi arahan pengarah pecah panggung, Syafiq Yusof.
Bekerjasama dengan Skop Productions, filem bergenre kepolisian ini akan membawa penonton untuk membongkar sisi gelap pasukan beruniform dan juga jenayah-jenayah berat yang ada di negara kita. Pengarah Syafiq Yusof yang terkenal dengan gelaran ‘King of Plot Twist’ pasti tidak akan mengecewakan dengan babak-babak yang mampu menaikkan adrenalin penonton.
Syerif dibarisi oleh bintang-bintang terkemuka seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Datuk Aaron Aziz dan Elizabeth Tan.
2. The Experts