Syerif, Projek: Kahar & The Experts Antara Filem Menarik Dari Astro Shaw Untuk Tahun 2024!
Firdaus
05/02/2024 11:55 MYT
05/02/2024 11:55 MYT
Bakal membariskan filem-filem hebat berbeza genre, Astro Kembali bersedia untuk membariskan karya-karya luar biasa sepanjang 2024!
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya bakal mengetengahkan pelbagai filem menarik serta idea yang segar bagi mencapai objektif menjadikan filem tempatan setanding dengan karya luar negara.
“Alhamdulillah, tahun lalu filem-filem terbitan kami menerima sambutan positif dan antaranya adalah kejayaan Polis Evo 3 yang meraih RM54 juta. Justeru ia menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah. Tahun ini bakal menjadi satu lagi tahun yang agresif buat Astro Shaw dengan mempersembahkan variasi filem menarik yang dibarisi para pelakon hebat tanah air serta membabitkan pengarah terkemuka.
"Memahami cita rasa penonton adalah berbeza, kami meletakkan fokus kepada enam filem yang mampu mensasarkan peningkatan pengalaman luar biasa dengan idea cerita yang segar, sekali gus memacu ke arah objektif kami untuk memperhebatkan filem tempatan setanding karya luar negara," katanya.
Berikut merupakan antara filem terbitan Astro Shaw yang bakal menemui penonton di pawagam pada tahun 2024:
1. Syerif

Filem pertama dari Astro Shaw yang akan menemui penonton tahun ini adalah filem aksi arahan pengarah pecah panggung, Syafiq Yusof.
Bekerjasama dengan Skop Productions, filem bergenre kepolisian ini akan membawa penonton untuk membongkar sisi gelap pasukan beruniform dan juga jenayah-jenayah berat yang ada di negara kita. Pengarah Syafiq Yusof yang terkenal dengan gelaran ‘King of Plot Twist’ pasti tidak akan mengecewakan dengan babak-babak yang mampu menaikkan adrenalin penonton.
Syerif dibarisi oleh bintang-bintang terkemuka seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Datuk Aaron Aziz dan Elizabeth Tan.
2. The Experts
Pada Mei, sebuah filem aksi bertemakan rompakan (heist) iaitu The Experts, hasil arahan pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nizam Shah bakal menemui penonton. Membariskan Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dap Dap sebagai tonggak utama, mereka muncul membawakan watak lima adik-beradik yang mempunyai skil dan kepakaran berbeza dalam merancang sebuah rompakan terbesar.
3. Baik Punya Ah Long
Duo popular Jozan iaitu Zizan Razak dan Johan kembali menerusi filem Baik Punya Ah Long. Filem muzikal komedi arahan Datuk Afdlin Shauki ini mengisahkan dua Ah Long yang bersikap pemurah, berdepan dengan situasi hura-hara oleh kerana sikap mereka.
4. Gold
Filem Gold merupakan naskhah biopik yang diadaptasi daripada kisah sebenar atlet tempatan, jaguh Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Like Hou. Naskhah ini merupakan sentuhan pengarah Malbatt: Misi Bakara, iaitu Adrian Teh dan membariskan para pelakon dari pelbagai latar seperti Jack Tan, Farid Kamil, Fabian Loo, Wan Raja, Yasmin Hani dan ramai lagi.
5. Projek: Kahar
Prekuel daripada francais premium popular, Projek : High Council iaitu ‘Projek: Kahar’, turut dijadualkan menemui penonton di pawagam tahun ini. Filem Projek: Kahar ditulis oleh penulis francais Projek: Anchor SPM dan Projek: High Council, Anwari Ashraf dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid.
Mempertaruhkan pelakon asal watak Kahar iaitu Amir Ahnaf, filem ini membawa penonton menyaksikan transisi Kahar daripada seorang pelajar biasa berubah menjadi Kapla High Council.
6. Khawarij
Turut bakal menjadi tumpuan ialah filem seram, Khawarij arahan pengarah hebat Syamsul Yusof. Terdahulu Syamsul Yusof pernah menghasilkan filem bergenre Islamik seram seperti Khurafat, Munafik dan Munafik 2.