Syeriv Samheizy Nama Baby Boy Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Kamaruddin Razal
Jun 18, 2017 08:17 MYT
Pasangan pelakon sejoli Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin memilih nama Syeriv Samheizy untuk anak sulung mereka.
Nama tersebut disahkan oleh Sam dan Syatilla menerusi beberapa entri yang dimuat naik dalam akaun Instagram masing-masing.
Walaupun belum mendedahkan wajah Syeriv, bayi lelaki itu sudah mempunyai akaun Instagram sendiri.
Akaun Instagram anak mereka dengan nama @syerivsamheizy kini mengumpul lebih 13,000 pengikut biarpun tiada sebarang foto yang dimuat naik.
Selepas menjalinkan hubungan cinta, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Sam dan Syatilla menyambut kehadiran permata hati sulung mereka pada 9 Mei lalu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin