Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Syifa Melvin Akui Alami Perubahan Drastik Selepas Jadi Ibu - “Mula-Mula Kekok, Menitik Air Mata, Badan Penat”

Mya Amri
11/11/2023 08:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin mengakui kehidupannya berubah dengan ketara selepas bergelar seorang ibu.

Menurut Syifa yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini, pada mulanya dia berasa tertekan namun kini sedang belajar menyesuaikan diri selepas bersalin.

“Perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang kekok dan tertekan. Menitik air mata beberapa kali, badan penat, tidur memang mmg tak kenal dah.

“Tapi lama kelamaan kita dah dapat rentak kita jadi seronok menjadi seorang ibu ini. Bila tengok anak pun perasaan gembira tu makin lama makin kuat,” coretnya dalam hantaran terbaharu di Instagram.

A post shared by Syifa Melvin (@syifamelvin)


Dalam pada itu, Syifa juga turut mendoakan yang baik baik buat para isteri yang masih lagi menanti kehadiran cahaya mata.

“Syifa doakan yang masih menanti, penantian itu bakal berakhir tak lama lagi, rahim korang akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat korang. Amin.

“Doakan Saif Sulaiman sihat sejahtera, jauh dari anasir jahat dan jadi baby yang bijak okay. Amin,” tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: Kelahiran Cahaya Mata Pertama, Terus Umum Nama Anak


Terdahulu, Syifa telah mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah menerima cahaya mata sulung, Saif Sulaiman pada 30 September lalu.

#Anak #Ibu #Syifa Melvin #Perubahan Drastik
;