Syifa Melvin Dedah Gagal Matematik Dalam SPM, Cikgu Bangga Pelajar Dia Dah Berjaya Sekarang
Zulaikha Yusof
25/06/2020 12:00 MYT
25/06/2020 12:00 MYT
Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa Melvin berkongsi kenangan ketika menjadi pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar.
Menurut Syifa, prestasinya dalam pelajaran makin merosot dan dirinya berubah menjadi pemalas sejak memasuki tingkatan empat.
"Weh masuk tingkatan 4 Syifa dah mula jadi pemalas gila nak belajar. Banyak main je sekolah pun dok doa hujan pagi-pagi sebab malas nak pergi naik basikal hahahahaha.
"Sampai tingkatan 5 dah SPM paling teruja nak jawab ujian Agama,Bahasa Melayu dan Sastera sebab tu ja yang aku mahir hahahaha. Mai kertas Matematik sumpah nak kencing nak terberak sebab out teruk!
"PMR pun tak cemerlang Matematik aku sejenis benak memang tak faham cikgu ajar apa. Masalahnya aku yang benak cikgu tu ajar elok ja," tulisnya di Instagram (IG).
Pemilik nama Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berkata dia gagal dalam subjek Matematik justeru terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UITM).
"Weh Sijil Pelajaran Malaysia aku gagal Matematik tau. Sumpah tak tipu, ada A pun tak guna dah Matematik gagal hmm.
"Dah lama aku simpan aib ni weh tak semua orang tau. Memang harapan aku nak dapat belajar Universiti Teknologi MARA (UITM) dah Matematik pun tak kredit, tu yang sambung belajar dekat swasta hahaha. Tapi Alhamdulillah Matematik ja bodoh kira duit tak bodoh," tulisnya lagi.
Posting yang dimuat naik itu telah menarik perhatian seorang guru yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah itu.
"@haszahdi: Alhamdulillah. Lanie dah jadi insan yang berjaya. Cikgu tumpang bangga... Ni la sekolah pertama cikgu mengajar. Banyak sungguh kenangan kat sini dengan melayan kerenah pelajar-pelajar," tulisnya di ruangan komen.