Syifa Melvin Tayang Baby Bump, Umum Kehamilan Secara Rasmi Pada Hari Raya Haji - “Eid Adha Dari Kami Dua Setengah”

Izwan Isa
Jun 29, 2023 04:50 MYT

Selebriti Instagram, Syifa Melvin akhirnya mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak pertama.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Syifa sendiri menerusi kemas kini di Instagram miliknya sebentar tadi.
“Bismillahi Masya-Allah tabarakkallah. Tak lama lagi yang menanti zuriat dari Allah SWT akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa.

“Amin Ya Mujib, kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaran Mu, Amin.
“Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini, sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah,” tulisnya.
BACA: Sahkan Syifa Melvin Hamil, Safawi Rasid Hadiahkan Hantaran Gol Untuk Isteri
Terdahulu, media tempatan melaporkan yang suami Syifa, pemain bola sepak Safawi Rasid mengesahkan isterinya hamil enam bulan.

#Hamil #Safawi Rasid #Syifa Melvin