SYOK mempelawa warga kreatif dan penggemar podcast untuk menyertai aplikasi mereka dan memulakan podcast tersendiri dengan sokongan profesional dari SYOK.

Penyertaan dibuka sekarang melalui laman web SYOK: bm.syok.my.

Peserta boleh menghantarkan cadangan podcast mereka dan jika dipilih, bakal menerima sokongan profesional dari SYOK termasuk panduan memperhalusi skrip, rakaman penghasilan podcast yang lengkap dengan koleksi muzik dari Universal Production Music, beserta kesan bunyi dari Sound Ideas.

Podcast yang dihasilkan juga akan dipromosikan menerusi pautan ‘SYOKcast’ di laman rasmi dan di aplikasi SYOK.

Sertai sekarang dengan langkah mudah berikut:
- Layari SYOK menerusi laman rasmi di bm.syok.my dan klik pada ‘Peraduan’, kemudian pilih pautan ‘Jom Buat Podcast’.

- Lengkapkan maklumat peribadi dan kongsikan podcast yang ingin dihasilkan dan tekan ‘Hantar’.

- Penyertaan yang terpilih akan dihubungi oleh pihak SYOK untuk sesi penelitian skrip dan proses rakaman sebelum podcast dapat disiarkan menerusi SYOK.

Layari bm.syok.my dan sertai sekarang! Peserta juga boleh muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGalley dan Nikmati 26 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi menerusi SYOK!.