Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syuhada Amin Teringin Sertai Big Stage

Kamaruddin Razal
31/12/2018 20:17 MYT
Penyanyi baru, Syuhada Amin, 22, menyimpan hasrat untuk menyertai program realiti Big Stage.

Pernah dikenali menerusi single Bukan Dia, Syuhada masih mencari tapak kukuh dalam bidang seni tanah air.


"Saya tak pernah putus asa untuk memperkenalkan bakat saya kerana bidang nyanyian merupakan minat saya.

"Namun begitu, di zaman sekarang, saya akui sukar untuk bersaing dan saya perlukan platform kukuh untuk menyerlahkan lagi potensi yang ada.

"Saya akan terus berusaha untuk mengukuhkan nama dalam bidang nyanyian dan pada masa yang sama, saya menyimpan hasrat untuk menyertai program Big Stage.

"Saya akui program terbabit sangat baik untuk menyerlahkan kelebihan penyanyi BBNU. Lihat sahaja peserta musim pertama Big Stage, mereka menerima impak positif dari program ini," kata Syuhada.

Tertulis di Semesta.. Walaupun apa yg berlaku _________ Pilih jawapan A, B ke C? ? tengok sikittt ??? . A. Jiwa berontak luahkan rasa B. Ku kan tetap menunggu mu C. Aku perlukan cinta kamu . Photo : @bustamammokhtarofficial ? #suriarecords #CikBukanDia #SyuhadaAmin #SyuhadaSemesta #Malaysia #Indonesia

A post shared by ? SEMESTA ? (@syuhada_aminn) on


Dalam perkembangan lain, Syuhada yang pernah menjuarai program realiti Idola Kecil musim pertama pada 2008 itu baru sahaja muncul dengan single balada yang berjudul Semesta.


"Alhamdulillah, single terbaru saya yang berjudul Semesta sudah menemui peminat. Setakat ini, saya menerima respon yang baik.

"Lagu ini merupakan ciptaan Omar K bersama Ikhwan Fatanna. Saya berharap single balada pertama saya ini dapat menambat hati peminat," katanya lagi.
#Syuhada #Semesta