Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Syukur 10 Ribu Helai Kurta Elew's Design Dah Siap. Sekejap Je Habis Baru Ni"- Kurta Ustaz Ebit Lew Laku Keras

Badrul Hashim
14/05/2020 02:15 MYT
Dia terkenal dengan sifatnya yang pemurah. Dia dikenali dengan cara penyampaiannya yang lemah lembut. Malah, dia juga dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Ketika Ustaz Ebit Lew turun padang membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan, perniagaannya terus berjalan seperti biasa.

Selain daripada rangkaian restoran, pelbagai lagi bidang perniagaan, ceramah, dan rancangan televisyen, Ustaz Ebit Lew juga mempunyai pelbagai produk kurta melalui Elew's Design.



"Pohon doakan yer. Syukur 10 ribu helai kurta Elew's Design dah siap. Sekejap jer habis baru ini. Terima kasih sokongan dan doa. Baru restock. Syukur.

"Siapa nak beli kurta boleh beli di link di shopee. Ada link di story. Online sahaja. Butik tutup," tulis Ustaz Ebit Lew yang jarang sekali mempromosikan produk yang dihasilkannya.

Rata-rata wargamaya meninggalkan komen yang positif dan mendoakan kejayaan perniagaan Ustaz Ebit Lew.



Tinjauan Gempak ke laman jualan online mendapati ramai yang membeli kurta Elew's Design sangat berpuas hati dengan kualiti dan harganya. Hampir setiap seorang daripada mereka memberikan lima bintang.



Pelbagai jenis kurta Elew's Design oleh Ustaz Ebit Lew dijual pada harga antara RM59 hingga RM99.

Pohon doakan yer...syukur 10 ribu helai kurta @elews_design dah siap. Sekejap jer habis baru ini. Terima kaseh sokongan dan doa. Baru restock. Syukur. Siapa nak beli kurta boleh beli di link di shopee. Ada link di story. Online sahaja. Butik tutup. https://shopee.com.my/elewsdesign

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Buat masa sekarang, butik beliau yang terletak di Bangi masih lagi ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kurta hanya dijual secara online.

#Perniagaan #Ustaz Ebit Lew #Kurta
;