,
Laman Utama

“Syukur, Alhamdulillah” - Neelofa Sahkan Sedang Hamil Anak Kedua

Mya Amri
14/03/2023
04:30 MYT
Pelakon, Neelofa mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menurut Neelofa atau atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, mengiyakan pertanyaan dirinya kini berbadan dua selepas berkongsi cabarannya menunaikan umrah baru-baru ini.
“Ya, half way to go (pertengahan jalan). Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya.
“Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik, dan banyak juga yang menghantar Direct Message (DM), ucap yang baik-baik, jadi syukur alhamdulillah.
“Iyalah kita pun aktif pergi sana sini, dengan anak kecil lagi. Ia bukan mudah tapi urusan saya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Neelofa ditemui ketika pelancaran koleksi Warisan Kita di butik Naelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengulas mengenai jantina anak kedua, Neelofa akui tidak kisah asalkan anaknya sihat.
Malah kongsi Neelofa, kehamilan kali ini juga mudah sama seperti mengandungkan anak pertamanya, Muhammad Bilal.
“Saya memang dari kehamilan pertama tak memilih. Okay sahaja. Dari kehamilan pertama, memang tidak teruk alhamdulilah.
“Kalau dibandingkan dengan kenalan saya yang tidak boleh bangun dari katil. Saya sangat syukur.
“Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat tapi semua baik-baik saja. Dari segi perubahan bentuk badan, rasa, hormon berubah dan banyak lagi. Mereka yang banyak kali hamil sudah biasa dengan semua itu,” ulasnya. 
Sementara itu, bercerita mengenai kelakuan Bilal yang bakal menerima adik, Neelofa bersyukur anaknya tidak banyak meragam.
“Bilal okay sahaja sebab dia pun sudah besar dan dia pun makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak adik. Alhamdulillah semuanya okaya sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, Neelofa dikhabarkan hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya tular di laman sosial.
Video tersebut merakamkan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.
Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung pada 29 Januari tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.