"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan

Rozaimi Zubaidi
Februari 18, 2019 02:05 MYT
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak selamat menimang cahaya mata perempuan pada Sabtu lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Angah berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
"Assalamualaikum Aunties and Uncles! Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan di permudahkan, baby A selamat di lahirkan pada 16/02/2019.
"Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan, yang bagi kata-kata semangat, petua nasihat dan kepada pihak-pihak yang berbesar hati sponser baby A.
"Have a good day everyone," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Angah dan isterinya, Amira Asyura Abd Razak, serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.
Terdahulu, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.
Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan.
#Anak #Penyampai radio #Angah Raja Lawak