“Syukur, Alhamdulillah…” – Vie Shantie Gembira Tak Sampai Dua Minggu, Anak Dah Boleh Hafal 20 Ayat Dari Surah Al-Baqarah
Fiza Kamarudin
12/04/2021 12:20 MYT
12/04/2021 12:20 MYT
Usahawan terkenal, Vie Shantie mengucapkan rasa syukur apabila anak sulungnya Vie Zara Khan sudah boleh menghafal 20 ayat daripada surah Al-Baqarah.
Menurut Vie, dia terkejut apabila anak sulungnya itu sudah boleh menghafal dan membaca surah tersebut dengan baik walaupun tidak sampai dua minggu dihantar ke sekolah tahfiz berasrama penuh.
“SubhannAllah, Syukur Alhamdulillah.. MasyaAllah TabarakaAllah. Gembiranya saya dengan perkembangan terbaru @viezaarakhan yang telah menghafal Surah Al-Baqarah Ayat 1-20 dengan lancarnya
“Dia ingat semua ayat-ayat dengan baik dan kita boleh pilih sahaja randomly dari surah 1-20 tu dia boleh baca dan ingat dengan lancarnya.
“Ini baru tak sampai 2 minggu di sekolah dah macam ni hebatnya penghafalan anak-anak. Maha suci Allah SWT yang menerangi hati-hati setiap kanak-kanak yang ingin belajar Kalamullah-NYA. ALLAHUAKBAR,” katanya.
Hantaran yang dibuat Vie Shantie di laman sosial Instagram (IG)nya itu setakat ini telah ditonton hampir 90 ribu kali.
Rata-rata yang melihat video tersebut memuji Zara dan mendoakan kesemua anak-anak Vie Shantie dan Datuk Eizlan Yusof itu membesar sebagai Hafiz dan Hafizah.
Vie Shantie pada awal bulan lalu telah berkongsi perasaan sebak dan berat hatinya untuk berpisah dengan anak-anak.
Bagaimanapun Vie Shantie reda dan menganggap ia sebagai jihad seorang ibu buat anak-anak dikasihinya.
[[BACA: Vie Shantie Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz - "Inilah Jihad Saya, Saya Tidak Mahu Mereka Rugi Kerana Tidak Cukup Ilmu Akhirat..."]]

Dalam pada itu Vie Shantie mengucapkan terima kasih kepada Akademi Al- Khayr kerana membenarkan para pelajar pulang untuk menyambut Ramadan bersama keluarga di rumah.
Katanya, walaupun ini tahun pertama berpuasa tanpa anak-anak disisi, namun pertemuan tersebut sudah cukup bermakna.
Vie Shantie turut menjawab persoalan semua pihak mengenai anak-anaknya yang dihantar untuk meneruskan pelajaran mereka ke akademi tersebut.