Hiburan
"Syukur Alhamdulillah...Semuanya Berjalan Lancar" - Izreen Azminda Selamat Lahirkan Anak Lelaki
Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim Sabtu lalu.
Berita itu dikongsi Izreen menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Izreen meluahkan rasa syukur dan gembira kerana segala urusannya berjalan dengan lancar.
"Syukur Alhamdulillah...Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.
"Terima kasih bagi semua yang mendoakan untuk saya dan baby...Sabtu (29/6/2019).. 1.46 AM.."Aaron Ibrahim Bin Muhammad Radzi," tulisnya sebagai kapsyen.
Namun begitu, ruangan komen entri tersebut ditutup Izreen.
Izreen dan suaminya, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Pelakon itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Murqi.
Must-Watch Video