GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Syukur Azfar Heri Jadi Wakil Ke GMWA2024, Tiada Masa Untuk Bersiap Antara Sebab Khairul Aming Tak Hadir - “Saya Memang Dah...”
Pempengaruh dan pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa syukur apabila mempunyai seorang sahabat yang baik seperti Azfar Heri.
Kawan baik
Berkongsi perbualan antara mereka, Khairul Aming berkata dia meminta tolong Azfar mewakilinya bagi menghadiri malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2024 baru-baru ini.
“Azfar Heri, kau tolong la wakil aku. Kau saja kawan aku dalam circle ini yang suka dress up mega-mega. Jadi, kau tolong la wakilkan aku. Aku memang minta maaf sangat tak boleh pergi.
“Itu saya cakap dekat Azfar dan dia cakap ‘tak apa kau fokus bulan puasa, biar aku tolong’. Terima kasih dikurniakan kawan yang baik. Jadi Azfar tolong wakilkan,” kata Khairul Aming menerusi live di TikTok.
Mohon maaf
Memohon maaf tidak dapat hadir ke malam anugerah GMWA2024, Khairul Aming atau dikenali sebagai KA memberitahu dia tidak mempunyai masa untuk bersiap untuk ke majlis seperti itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Double Up! Sedia Lebih Banyak Program Masakan Sepanjang Ramadan - “Hey What’s Up Guyssss”
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA24: Azfar Heri Bangga Dengan Khairul Aming - “Tak Ada Rasa Dengki Mahupun Perasaan Negatif…”
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA24: Konten Masakan Tetap Jadi Pujaan, Gelaran Digital Content Creator (Foodie) Tergempak Milik Khairul Aming
“Sejujurnya KA nak minta maaf sangat tau… KA tak boleh nak hadir ke acara itu. Bukan apa, saya tak sempat. Saya tak boleh macam pergi event, muncul dengan baju kurta macam ini… tak boleh la.
“Sebab tema dia mega-mega… nak pergi ke event macam itu nak kena ada banyak jumpa pereka fesyen, ada fitting baju, fitting pula bukan sekali dua kali.
“Kena pergi buat rambut lagi, kena ada touch up muka lagi, kena bersiap dari tengahari,” katanya.
Persiapan Ramadan
Menurut Khairul Aming, dia tidak mendapat tidur yang mencukupi sepanjang bulan ini memandangkan sibuk membuat persiapan untuk konten Ramadan akan datang.
“Saya tengok jadual dia terlampau dekat dengan Ramadan, jadi tak boleh sebab saya memang dah tak tidur. Bulan ini memang saya tak cukup tidur, saya memang hari-hari sampai ke subuh.
“Kami shoot video tanpa henti selama 12 jam sehari. Memang saya tak rehat dan saya tengok kalendar memang tak sempat. Saya minta maaf dan sekali lagi terima kasih kepada semua.
“Terima kasih juga kepada Astro Gempak sebab calonkan KA dan masukkan anugerah yang sangat awesome. Terima kasih banyak dan nantikan konten bulan puasa yang saya akan update nanti,” ujarnya.
Untuk info, Khairul Aming dinobatkan sebagai Digital Creator (Foodie) Tergempak di malam GMWA2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad lalu.
Must-Watch Video