Kalau di sebelah pagi tadi, Datin Seri Zizie Izette memohon doa peminat agar urusan bersalinnya dipermudahkan, kini semuanya sudah selamat.
(Baca: “Blood Pressure Normal, Tak Ada Diabetes” – Zizie Izette Mohon Doa Peminat, Harap Urusan Bersalin Dipermudahkan)

Pada satu entri bergambar terbaru di Instagramnya, Zizie berkongsi kegembiraan dengan kelahiran bayi perempuan.

"My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg.

"Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for your doa," ucap Zizie.



Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.